Di zaman silam sirih merupakan
salah satu pendekatan perubatan tradisional yang penting, bukan sahaja
di Tanah Melayu malahan di rantau Asia, India dan Afrika Timur. Di India,
sirih digunakan untuk mengubati penyakit di mulut, tekak dan lapisan perut.
Di Afrika Timur, daunnya digunakan untuk ulser bernanah dan jusnya untuk
selsema serta penyakit radang kerongkong. Masyarakat Filipina menggunakan
sirih untuk mengubati masalah gastrik dan penyakit paru-paru yang dihadapi
oleh kanak-kanak. Di Kemboja, daun sirih yang ditumbuk dijadikan losyen
mandian untuk mengubati penyakit seperti demam, demam campak, kelenjar
membesar dan lymphagitis. Sementara di Indonesia, daunnya yang segar dicampurkan
ke dalam bahan-bahan perubatan lain sebagai ransangan
antiseptic, gatal-gatal, astringen dan aphrodisiac.
Khasiat-khasiat sirih yang
telah digukankan di dalam perubatan di zaman silam ini telah terbukti
kesahihannya melaui kajian-kajian saintifik yang telah dilakukan oleh
institusi di antaranya Universiti Putra malaysia (UPM) dan Institut Penyelidikan
Perhutanan Malaysia (FRIM).
Di antara hasil kajian mendapati
daun sirih atau 'Piper Betle'
mengandungi PATI MINYAK yang bahan-bahan utamanya
ialah CUGINOL dan KAVIKOL. Bahan-bahan aktif di dalamnya pula seperti
FLAVORNOID dan POLYPHENOL boleh menegangkan kulit
dan mengelakkan kedut-kedut di muka yang bermakna ianya boleh membawa
kesan awet muda.
Khasiat ASTRIGEN
daun sirih pula berkeupayaan mengecutkan
tisu-tisu organik dan khasiat ANTISEPTIK
untuk membunuh kuman. Ini bermakna, jika diminum airnya atau digunakan
sebagai pencuci harian bagi wanita khasnya, selain menegangkan
otot-otot tisu dalaman vagina, ia juga boleh membunuh bakteria, kuman
atau kulat serta mengatasi masalah keputihan. Sirih juga
turut digunakan bagi mengatasi masalah penyakit Malaria, sakit sendi,
gout dan dipercayai boleh merawat kanser dan penyakit jantung.
Di dalam bidang perubatan
herba di Malaysia, menurut sejarah, sirih adalah tumbuhan asli dan antara
jenis-jenis sirih ialah sirih melayu, sirih cina, sirih india, sirih jawa
dan sirih indonesia. Masyarakat Cina mengenali sirih sebagai herba untuk
memanaskan badan. Masyarakat India pula lebih
mengaitkannya dengan penjagaan mulut dan rambut.
Namun begitu, masyarakat Melayu yang lebih inti dengan sejarah sirih dan
kepelbagaian kegunaannya, samada bagi tujuan perubatan, kecantikkan dan
kebudayaan.
Kini dengan perkembangan teknologi-bio ia
diproses dan dimasukkan dalam bekas untuk dipasarkan sebagai produk kesihatan/kosmetik.
BioSirih Cosmetics adalah sebuah syarikat
100% milik bumiputra yang komited untuk mengeluarkan
dan memasarkan produk-produk kosmetik/kesihatan bermutu tinggi dan berkesan
dengan hanya menggunakan bahan-bahan yang dijamin halal serta selamat
digunakan. Tumpuan-tumpuan syarikat ialah produk-produk yang berasaskan
pengunaan herba-herba tempatan terutamanya pati minyak daun sirih yang
melambangkan ketulenan kosmetik sejak zaman berzaman.
Khasiat-khasiat daun sirih ini telah digabung dengan
khasiat yang terdapat dalam limau purut. LIMAU PURUT atau CITRUS HYSTRIX
mempunyai khasiat antaranya melembut, melebat, merapi dan mengharumkan
rambut, mengatasi masalah kulit kepala, melegakan migraine, merangsang
perjalanan darah dan mengatasi bau badan. Asid Sitrik (AHA) yang terkandung
membanut mengekalkan kelembapan kulit. Vitamin B dan C serta Potasium
pula meningkatkan daya ingatan dan membantu memulihkan tekanan darah.
HALAL DAN SELAMAT DIGUNAKAN OLEH SEMUA PERINGKAT
UMUR, LELAKI DAN WANITA
TIADA LEMAK HAIWAN, TIADA BAHAN KIMIA YANG MEMUDARATKAN
DAN TIADA KESAN SAMPINGAN YANG DIKENALPASTI
Tidak ada komentar:
Posting Komentar